Sup Ketam Al Rahba City

Bahan-bahan:
Ketam
Bawang besar ~ dihiris
Halia ~ ditumbuk
1 biji tomato dibelah 4
Daun sup dan bawang goreng
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa dan sedikit serbuk pati ikan bilis(kalau suka)
Air.
Cara penyediaan:
1. Ketam dibelah 2 dan dibersihkan.
2. Panaskan air di dalam periuk dan masukkan bawang dan halia.
3. Apabila air mendidih, masukkan ketam dan tomato biarkan seketika.
4. Letaklah serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
5. Angkat dan letaklah didalam mangkuk.
6. Bolehlah dihidangkan dengan ditabur daun bawang dan bawang goreng. Maaflah ye masa buat ni i tak de daun bawang dan bawang goreng..

Ikan Kembung Pekasam Abu Dhabi


Kalau dh ddk kat perantuan ni mana nak cari ikan2 pekasam ni..so bila sesekali teringin nak makan tu kenalah try membuatnya..ikan darat tak ada kat sini sebagai gantinya i tukarkan kepada ikan kembung yg kecil..hasilnya boleh tahan juga, menjadi..tak payahlah nak tunggu blk m'sia..
Bahan-bahan:
10 ekor ikan kembung (kalau kat m'sia tu gunalah ikan darat atau sungai seperti lampam,sepat, talapia dsbnya)
1 gengam garam kasar @ secukupnya
50g asam keping/gelugur @ secukupnya
Serbuk kunyit
Cara membuatnya:
1. Bersihkan dengan air dan tuskan hingga betul-betul kering.
2. Gaulkan ikan dengan garam, asam keping dan serbuk kunyit.
3. Selitkan 2 atau 3 keping asam gelugur ke dalam perut setiap seekor ikan.
4. Susun ikan di dalam bekas bertutup. Tutup kemas-kemas. Biar selama 2-3 malam.
5. Selepas tu bolehlah disimpan dalam peti sejuk untuk tahan lama.
Cara masak:
1. Boleh terus digoreng atau dibasuh sedikit bagi mengurangkan kemasaman/kemasiman ikan pekasam.
2. Panaskan minyak dan gorengkan terus ikan pekasam dengan api perlahan sehingga masak dan garing.
3. Bila dah masak angkat dan masukkan dalam pinggan.
4. Kalau suka lebihan minyak boleh goreng bawang dan cili hiris (cili api atau cili merah).
5. Tuangkan bawang dan cili goreng atas ikan. Perahkan jus limau (jika suka).

6. Sedia untuk hidangkan.

* Lebih sedap dimakan bersama sambal belacan dan ulam..

Mee Bandung Abu Dhabi


Bahan-bahan:
Mee kuning
Cili kering ~ mengikut pedas yg disukai
3ulas bawang putih ~ dikisar
1 biji bawang besar ~ dikisar
½-1 cawan udang kering ~ dikisar
1 cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sos cili dan sos tomato secukup rasa
Telur ~ ikut berapa org yg nk makan
1-2 cawan kacang tanah digoreng ~ ditumbuk halus
Taugeh
Bawang goreng dan daun bawang serta hirisan limau
Daun daun bawang dan bawang goreng
Air rebusan daging
Garam dan gula secukup rasa.
Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan bahan yang dikisar sehingga kuning.
2. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacang tanah dan air rebusan daging dan biar seketika.
3. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan kuah sehingga pekat.
5. Masukkan udang, daging rebus dan kacau seketika saja. Sedia dihidang..
Cara hidangan:
~ Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah buat sepinggan-sepinggan.)
~ Ambil sedikit kuah dan rencahnya untuk satu orang makan
~ Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur sehingga separuh keras.
~ Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
~ Masukkan kedalam mangkuk dan telur letak diatas, taburkan daun bawang dan bawang goreng.
*Utk resepi ni i tak ada sawi so i gantikan dgn taugeh..
Lain lain perencah seperti daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut kesukaan anda..

Bubur Kacang Merah

Bahan-bahan:
Kacang merah ~ rendam dlm 2 jam
Gula merah
Gula
Santan/susu
Daun pandan
Secubit garam
Air untuk merebus kacang.
Cara penyediaan:
1. Kacang merah direbus sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan santan atau susu bersama daun pandan.
3. Masukkan gula dan gula merah secukup rasa dan secubit garam.
4. Didihkan sebentar. Sedia dihidang..
*Utk rasa yg lebih enak, masukkan bubur ke dlm mangkuk, kemudian letaklah sedikit santan pekat yg telah dicampur dgn sedikit garam...

Mee Goreng Mamak Tanah Arab


Mee goreng mamak ni i buat dgn bahan yg ade kat umah je..
Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning
3 biji bawang putih ~ dikisar
1 biji bawang besar ~ dikisar
1-2 sudu cili kisar ~ nk pedas tambahlah lagi
Sawi ~ dipotong
Taugeh
Sedikit cucur udang ~ dipotong
Tauhu ~ digoreng dan dipotong kecil
2 biji telur
Sedikit serbuk pati ayam ~ kalau suka
Sos tomato dan kicap pekat secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis.
Cara penyediaan:
1. Tumis bawang putih dan bawang besar, kemudian masukkan cili kering. Goreng hingga naik bau.
2. Masukkan sos tomato, kicap dan serbuk pati ayam.
3. Masukkan mee, sawi, tauhu, cucur udang dan dikacau.
4. Kemudian masukkan telur, goreng hingga agak-agak kering.
5. Akhir sekali masukkan taugeh, kacau sekejap je..sedia dihidangkan.
*kalau nk tambah ayam, udang dan lain2 bahan pn boleh..

Fish Nugget

Cara nak membuat fish nugget ni lebih kurang samalah mcm nk buat udang tempura yg i dh post tempohari..cuma fish nugget ni kita guna tepung lain je... sekrg senang isi ikan(fillet)boleh beli di pasaraya..
Bahan-bahan:
Isi ikan (fillet)~ dipotong kecil
Tepung gandum untuk menyalut ikan sebelum dicelup dlm bancuhan tepung
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng.
Bahan untuk bancuhan tepung:
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Sedikit serbuk cili (kalau suka)
Sedikit garam serta sedikit serbuk pati ayam (kalau suka)
Air secukupnya.
Cara penyediaan:
1. Fillet ikan yang telah dibersihkan ditoskan sehingga kering. Kemudian digaul bersama dengan serbuk lada hitam dan garam. Perap selama 10-15 minit.
2. Sediakan bahan bancuhan tepung, gaul semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Bancuhan tepung tu agak2lah ye, jangan terlalu cair. Bila celup ikan ia boleh menyalut fillet ikan tersebut.
3. Gaulkan fillet ikan yg telah diperap tadi dgn tepung gandum terlebih dahulu.
4. Panaskan minyak dalam kuali. Biarkan minyak betul-betul panas dan kemudian celup fillet ikan dalam bancuhan tepung dan goreng.
4. Goreng sehingga tepung garing dan kuning keemasan.
5. Angkat dan toskan. Sedia untuk dihidang...
Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.