Buah Melaka (onde-onde) Berkuah

Assalamualaikum.

Bertemu lagi di resepiraidah..Kali ini dengan resepi kuih buah melaka (onde-onde) versi resepiraidah yang tidak bersalut kelapa parut. Makan dengan kuah santan pun sedap juga..Rupa bentuk buah Melaka kurang cantik 😁..si bujang dan puteri yang menolong..ibunya merebus dan membuat kuah 😃

Bahan-bahan:

2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum (saya tambah)
2 ketul atau secukupnya gula melaka ~ dipotong kecil2
1 1/3 cawan atau secukupnya air atau jus pandan
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam ~ dicampur dlm jus pandan
Untuk kuah:
3 cawan santan
2 sudu besar tepung beras
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Untuk kuah:

~ Campurkan semua bahan2 kuah lalu dikacau atas api sederhana sehingga kuah masak dan agak pekat. Ketepikan.

Buah Melaka:

1. Bancuh tepung bersama jus pandan sehingga boleh diuli. Jangan sampai lembik nanti susah nak bentukkan doh jadi bulat.
2. Ambil doh sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan. Bulatkan dan pastikan menutupi keseluruhan gula.
3. Masak air sehingga mendidih, kemudian masukkn buah melaka tadi.
4. Bila bebola timbul/terapung bolehlah diangkat dan toskan.
5. Terus masukkan ke dalam kuah yg telah disediakan tadi.

12 ulasan:

  1. seedapp..suker..mcm kueh badak berendam plak..

    BalasPadam
  2. waaa rajinnya...nampak comel2 dan sedap..

    BalasPadam
  3. Kuazue ..aha mcm kuih badak berendam tapi inti gula melaka..senang membuatnya dan sedap dimakan :-)

    BalasPadam
  4. nampak sedap dan teringin...

    BalasPadam
  5. sedapnyer tgk buah melaka berkuah ni...selalu buat yg disalut kelapa parut...pasni boleh try yg berkuah plak....dapnyerrrr

    BalasPadam
  6. salam..emm sedap nye,,nak tnye sikit..saya tingal kat sharjah dr mn nak dpt tepung pulut , daun pandan sume yek..pls hepl..

    BalasPadam
  7. Onde onde memang sedap..

    tapi nak buatnya adus sakit tangan..

    BalasPadam
  8. lama x makan kuih nih....bestnya

    BalasPadam
  9. belum pernah buat yang berkuah cam ni... nampak sedap

    BalasPadam
  10. Nice post, keep it up.
    Hope you are well in the current situation.
    gold amalgamation
    mercury in fish

    BalasPadam
  11. Great post. Looking forward to reading more. Thanks for taking the time to write this.
    aegis
    cybersecurity malaysia

    BalasPadam
  12. Apakah adonan onde onde ini bisa juga buat adonan pisang ijo ? (makanan khas makassar - Indonesia) . Jazaakillahu khairan

    BalasPadam